Salam Hormat Saudara dan Saudari,
Soal selidik ini bertujuan untuk memantau Keberkesanan Penggunaan Sistem Kursus Jangka Pendek (eKJP) dan juga penilaian Kursus Jangka Pendek yang telah dijalankan di ADTEC Melaka.
1) BORANG PENILAIAN KURSUS JANGKA PENDEK ADTEC MELAKA
Borang ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas peserta sejurus selepas menghadiri Kursus Jangka Pendek (KJP) anjuran ADTEC Melaka. Semua maklumat yang diperoleh adalah SULIT dan hanya akan digunakan untuk tujuan kajian dan penambahbaikan.
2) BORANG KAJIAN KEPUASAN MAJIKAN TERHADAP PESERTA KURSUS JANGKA PENDEK ADTEC MELAKA
Kajian ini merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Tenaga Manusia untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan latihan teknikal di ADTEC Melaka. Sokongan, pandangan dan maklum balas berharga daripada pihak majikan amat diperlukan. Maklumat yang disalurkan akan digunakan untuk membantu mempertingkatkan perancangan program kursus jangka pendek yang lebih baik di masa akan datang. Segala maklumat yang diberi adalah SULIT dan hanya untuk kegunaan JTM, Kementerian Sumber Manusia. Mohon jasa baik untuk mengisi soal selidik yang disediakan. Sokongan daripada pihak majikan amat dihargai.
https://tinyurl.com/TAJAANMAJIKAN
3) BORANG KAJIAN PENGESANAN KURSUS JANGKA PENDEK (KJP) ADTEC MELAKA
Soal selidik ini akan digunakan untuk kajian keberkesanan Kursus Jangka Pendek (KJP), Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang dijalankan oleh ADTEC Melaka dalam meningkatkan kemahiran, kerjaya serta pembelajaran Tuan/Puan selepas 3 bulan menamatkan kursus persijilan profesional.
Maklum balas Tuan/Puan adalah sangat penting bagi membawa perubahan yang membina dan meningkatkan kualiti kami. Segala maklumat yang diberi adalah SULIT dan hanya untuk kegunaan JTM, Kementerian Sumber Manusia. Kerjasama Tuan/Puan dalam memberikan maklumbalas didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
https://tinyurl.com/ETRACERPRO
Sekian, terima kasih.