Sinopsis
Program kursus ini adalah bertujuan untuk membantu para peserta mengenalpasti komponen asas kenderaan dan puncapunca kerosakan yang melibatkan sistem badan, casis, enjin, pacuan, elektrik dan stereng serta bagaimana menyelenggarakan sistem berkenaan pada peringkat awal sebelum dirujuk ke bengkel kereta. Program ini juga untuk membantu para peserta mengenalpasti sistem-sistem dan komponen yang penting dalam sesebuah kenderaan. Peserta akan didedahkan dengan komponen kenderaan untuk memberi gambaran awal sebelum melakukan proses praktikal. Modul ini boleh dijadikan panduan dan penanda aras kepada peserta untuk mengenalpasti, menyelenggara, menyelesaikan masalah kerosakan kenderaan hak milik peribadi atau organisasi.
Kandungan Kursus
- Kenalpasti sistem-sistem yang terdapat pada kenderaan.
- Kenalpasti nama, jenis-jenis serta fungsi bagi setiap komponen dengan lebih terperinci.
- Kenalpasti punca-punca kerosakan dan komponen asas kenderaan sebelum ditukar dengan alat ganti yang betul.
- Meningkatkan kemahiran dalam penjagaan dan penyelenggaraan kenderaan dengan cara yang betul.
- Meningkatkan kemahiran dalam langkah kerja servis kenderaan.
Kumpulan Sasaran
Pemilik Kenderaan Persendirian.
Pegawai yang bertanggungjawab terhadap kenderaan Jabatan / Organisasi.
Kepada sesiapa yang berminat untuk meningkatkan Pengetahuan dan Kemahiran dalam penyelenggaraan dan servis kenderaan.
Pra-Syarat
Latarbelakang peserta
Kerjaya peserta
Bilangan kenderaan yang diperolehi.
Tahap pengetahuan & kemahiran bagi setiap peserta.
Profil Instruktor
Nama Instruktor : En. Mohd Nazri Bin Shaharudin
Jawatan : Pen. Pegawai Latihan Vokasional
*Jangkamasa Kursus: 8 Jam (1 hari)
*Kursus hanya akan dijalankan tertakluk kepada bilangan minima 10 peserta.