Sinopsis
Program kursus ini adalah bertujuan untuk membantu para peserta membuat persediaan bagi penilaian amali sebelum menjalani penilaian/ujian amali sebenar dihadapan Pegawai Penilai Verifikasi (PPV) – PPL untuk program persijilan SKM Tahap 2 (G452-002-2:2018 Kenderaan Ringan – Servis Pembaikan). Peserta akan diberi penerangan secara teori dan amali serta tip-trick ketika menjalani penilaian amali sebenar. Peserta juga diberi peluang untuk mejalani latih tubi supaya benar-benar bersedia untuk dinilai dari segi teori dan juga amali.
Kandungan Kursus
- Penerangan ringkas mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia secara PPT kaedah Penilaian Amali.
- Kenalpasti sistem penghidup didalam sistem elektrikal & elektronik pada kenderaan.
- Kenalpasti jenis-jenis kerosakan dan pembaikan starter motor.
- Menjalankan kerja-kerja merombak rawat starter motor.
- Menjalankan kerja-kerja ujian pada komponen starter motor.
- Menjalankan kerja-kerja pemasangan serta pengujian starter motor pada kenderaan.
- Mengisi Borang Laporan Pemeriksaan komponen, ujian dan kefungsian Starter motor.
Kumpulan Sasaran
Calon-calon yang didaftarkan sebagai Calon PPT Penilaian Amali.
Individu-individu yang berminat nak tahu serta kerja-kerja pembaikan Starter motor.
Mekanik-mekanik yang berpengalaman atau yang belum pengalaman dan berminat untuk dipersijilkan kemahiran secara Penilaian Amali (PPT)
Pra-Syarat
Latar belakang peserta
Kerjaya peserta
Tahap pengetahuan & kemahiran bagi setiap peserta.
Tempoh pengalaman kerja yang diperolehi.
Profil Instruktor
- Nama Instruktor : MOHAMAD HISHAM BIN HASHIM
- Jawatan : Tenaga Pengajar Automotif , ADTEC Melaka.
- Telah berkhidmat dengan ILJTM : 33 Tahun
- Tempoh Pengalaman : 38 Tahun
- Pengalaman Tempat Kerja :
- Sykt South Johore Omnibus Pte Limited – Mekanik
- Sykt Pengangkutan Maju Berhad – Mekanik & Penyelia (Servicing, Engine Maintenance, JPJ & Electrician)
- JTR/KSM – ILPKL & ILPKB - Pengajar Ketukangan Gred II – Mekanik Kenderaan Perdagangan Berat
- JTR/KSM – ILPKB & ILP Pedas - Pen. Peg. Latihan Vokasional (PPLV) – J29
- JTM/KSM – ILP Pedas – Pen Peg. Latihan Vokasiaonal (PPLV) – J36
- JTM/KSM – Adtec Melaka – Pen. Peg. Latihan Vokasional (PPLV) – DV40
- Personel PPPPK (Lantikan dari JPK)
- Personel PP-PPT/ PPL-PPT/PPL-SLaPB, PPL-SLDN
- Penyelaras Pusat Penilaian Amali – PPT (Agensi)
- HAKIM Pertandingan – WSMB – Heavy Vehicle Technology
- Penasihat / Fasilitator kepada Kimanis Petroleum Training Centre, Sabah dalam pembangunan dokumentasi dan Silibus Pentauliahan Pusat Bertauliah KTC.
*Jangkamasa Kursus: 16 Jam (2 hari)
*Kursus hanya akan dijalankan tertakluk kepada bilangan minima 10 peserta.