Sinopsis
Program Latihan Arduino direka untuk melengkapi peserta dengan kemahiran asas dan pengetahuan yang diperlukan untuk membangunkan projek/ aplikasi dengan mikropengawal Arduino, membolehkan peserta merancang dan membina projek elektronik untuk pelbagai aplikasi menggunakan pelbagai jenis penderia.
Kandungan Kursus
Pengenalan kepada Arduino UNO.
Pengaturcaraan menggunakan Arduino.
Masukan/Keluaran dan ADC.
Penderia dan aktuator.
Protokol komunikasi tanpa wayar.
Pembangunan Projek.
Kumpulan Sasaran
Peminat DIY, peminat sistem elektronik dan IoT, tenaga pengajar, guru sekolah, pelajar kolej/universiti, pengaturcara.
Pra-Syarat
Asas elektronik.
Profil Instruktor
En. Syamsul Halim bin Wahab merupakan seorang Pengajar Vokasional dan telah berkhidmat di dalam bidang Mekatronik selama 26 tahun. Memiliki DLKM Tahap 5 di dalam Sistem Kejureteraan Automasi Industri dan merupakan pengajar bagi modul Embedded System technology dan Arduino. Berpengalaman membangunkan projek berasaskan Arduino dan aktif dalam bidang penulisan buku. Beliau juga pernah dinobatkan sebagai tokoh Pencipta ADTEC Melaka 2023.
*Jangkamasa Kursus: 16 Jam (2 hari)
*Kursus hanya akan dijalankan tertakluk kepada bilangan minima 20 peserta.