Sinopsis
Kursus adalah berkaitan dengan teknik merekabentuk papan litar tercetak atau lebih dikenali sebagai printed circuit board, (PCB) ialah suatu komponen penting dalam dunia elektronik hari ini dengan menggunakan bantuan perisian rekabentuk PCB. PCB berfungsi untuk menyambung dan menyokong komponen elektronik secara elektrik di mana komponen elektronik dipasang padanya mengikut reka bentuk yang telah dihasilkan oleh pereka bentuk papan litar tercetak melalui sambungan kuprum yang direkabentuk yang akan menyambungkan kesemua komponen elektronik bagi menghasilkan satu sistem elektronik lengkap
Kandungan Kursus
- Pengenalan perisian rekabentuk PCB
- Rekabentuk asas litar skematik
- Kenali komponen elektronik
- Reka tracing lines PCB layout
- Teknik mencetak PCB layout
Kumpulan Sasaran
- Pelajar sekolah rendah dan menengah.
- Penuntut institusi awam dan swasta.
- Peminat elektronik (awam)
Pra-Syarat
- Asas komponen elekronik.
- Berkebolehan membaca litar skematik elektronik.
- Minat.
Profil Instruktor
Pengajar dalam bidang teknikal dan vokasional bagi bidang telekomunikasi di jabatan elektrik dan elektronik di ADTEC Melaka. Berpengalaman sebagai penasihat dan penyelia projek tahun akhir (PTA) pelajar.
*Jangkamasa Kursus: 16 Jam (2 hari)
*Kursus hanya akan dijalankan tertakluk kepada bilangan minima 10 peserta.