Sinopsis
Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan Arduino sebagai sistem kawalan untuk projek-projek elektronik. Arduino merupakan papan microcontroller open source yang boleh digunakan bersama komponen elektronik yang lain seperti light emitting diode (LED), perintang, jumper, potentiometer, dan sensor. Objektif kursus ini ialah mengenali komponen asas elektronik, membuat sambungan komponen elektronik, mengetahui cara install perisian dan driver Arduino, mempelajari pengaturcaraan asas Arduino dan mengetahui cara memuat naik kod ke dalam Arduino.
Kandungan Kursus
- Pengenalan kepada asas microcontroller
- Membuat installation perisian dan driver Arduino
- Membina aturcara menggunakan Arduino IDE software
- Digital Inputs/Outputs
- Analog Inputs/Outputs
Kumpulan Sasaran
- Pelajar sekolah menengah.
- Penuntut institusi awam dan swasta.
- Peminat elektronik (awam)
Pra-Syarat
- Asas komponen elekronik.
- Berkebolehan membaca litar skematik elektronik.
- Minat.
Profil Instruktor
Pengajar dalam bidang teknikal dan vokasional bagi bidang telekomunikasi di Jabatan Elektrik dan Elektronik di ADTEC Melaka. Berpengalaman sebagai penasihat dan penyelia projek tahun akhir (PTA) pelajar.
*Jangkamasa Kursus: 16 Jam (2 hari)
*Kursus hanya akan dijalankan tertakluk kepada bilangan minima 10 peserta.