Sinopsis Kursus
Darjah keserasian personality-kerjaya (kongruen) adalah penting dalam pemilihan kerjaya untuk kepuasan kerja yang baik dan berpanjangan sepanjang hidup.
Kursus ini akan meneroka personaliti para peserta kursus dan seterusnya daripada terokaan itu akan dinilai keadaan dan kerjaya yang sesuai untuk para peserta kursus.
Kandungan Kursus
Umur 16-19 adalah tahap umur yang penting dalam perkembangan seseorang. Ketika umur inilah majoriti mereka akan menduduki peperiksaan awam (SPM & STPM) yang akan memberi kesan besar kepada perancangan pengajian tinggi dan kerjaya masa depan mereka.
Kursus jangka pendek waktu cuti sekolah ini memfokuskan kepada darjah keserasian personaliti-kerjaya (kongruen) pilihan para peserta kursus. Selain penyertaan dalam Latihan dalam Kumpulan (LDK) untuk peserta, penggunaan ujian/inventori psikologi akan dijalankan untuk meneroka personaliti dan keadaan serta kerjaya yang sesuai.
Kumpulan Sasaran
Kursus ini sesuai untuk remaja menengah atas (Tingkatan 4-5) dan Pra-U (Tingkatan 6) yang akan menduduki peperiksaan awam dan akan mula merancang kerjaya masing-masing.
Pra-Syarat
Para peserta kursus ini haruslah menguasai 3M (membaca, menulis & mengira) kerana kursus ini melibatkan penggunaan ujian/inventori psikologi self-administered.
Profil Instruktor
En. Mohamad Aizat bin Shamsudin telah berkhidmat selama 10 tahun dalam perkhidmatan awam, 8 tahun daripadanya adalah sebagai Pegawai Psikologi di pelbagai agensi dan jabatan kerajaan. Mempunyai kelayakan Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi) dan telah menjalani pelbagai latihan dalam perkhidmatan terutamanya dalam pembangunan dan penggunaan ujian/inventori psikometrik.
Beliau adalah Pegawai Psikologi S44 (Memangku) di ADTEC Melaka.
*Jangkamasa Kursus: 4 Jam
*Kursus hanya akan dijalankan tertakluk kepada bilangan minima 15 peserta.