MAKLUMAT KURSUS
: BPPL007
: PROGRAM CUTI SEKOLAH: MENGENAL POTENSI DIRI
: RM 50.00
: Awam
: Modular
: Lain-lain
: 02 Jan 2024
: 31 Dec 2024
: 8 jam
: Buka

Sinopsis Kursus

Sinopsis Kursus

Kursus jangka pendek waktu cuti sekolah ini memfokuskan kepada pengenalan potensi diri dan menggunakannya untuk merancang pembelajaran efektif seterusnya meningkatkan motivasi dan self-esteem para peserta.

 

Kandungan Kursus

Umur 16-19 adalah tahap umur yang penting dalam perkembangan seseorang. Ketika umur inilah majoriti mereka akan menduduki peperiksaan awam (SPM & STPM) yang akan memberi kesan besar kepada perancangan pengajian tinggi dan kerjaya masa depan mereka. 

Kursus ini akan memberi pengenalan kepada personaliti serta membina kelebihan diri dan mengurus kelemahan diri. Selain penggunaan modul-modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang interaktif bersama peserta, penggunaan ujian/inventori psikologi juga dijalankan ketika kursus ini dijalankan.

 

Kumpulan Sasaran

Kursus ini sesuai untuk remaja menengah atas (Tingkatan 4-5) dan Pra-U (Tingkatan 6) yang akan menduduki peperiksaan awam dan akan mula merancang kerjaya masing-masing.

 

Pra-Syarat

Para peserta kursus ini haruslah menguasai 3M (membaca, menulis & mengira) kerana kursus ini melibatkan penggunaan self-administered ujian/inventori psikologi.

 

Profil Instruktor

En. Mohamad Aizat bin Shamsudin telah berkhidmat selama 10 tahun dalam perkhidmatan awam, 8 tahun daripadanya adalah sebagai Pegawai Psikologi di pelbagai agensi dan jabatan kerajaan. Mempunyai kelayakan Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi) dan telah menjalani pelbagai latihan dalam perkhidmatan terutamanya dalam pembangunan dan penggunaan ujian/inventori psikometrik. 

Beliau adalah Pegawai Psikologi S44 (Memangku) di ADTEC Melaka.

 

*Jangkamasa Kursus: 4 Jam 

Kursus hanya akan dijalankan tertakluk kepada bilangan minima 15 peserta.


Maklumat Penganjuran
:
: Pn. Zatulfarha Binti Md Yaman
: En. Mohamad Aizat Bin Shamsudin

: ADTEC Melaka
: Adtec Melaka


Mohon Kursus